• CH SELANGOR
'UKM 2' Juara Piala YDP Selangor 27/12/2011
1 Comment
 
Bandar Baru Bangi, 24 Dis 2011 - Pasukan UKM 2 telah menjadi Juara pertama kali untuk pertandingan Futsal Piala YDP Selangor 2011 yang telah diadakan di VROX Futsal Bandar Baru Bangi pada hari Sabtu yang lepas. Sebanyak 9 pasukan termasuk 1 pasukan luar (bukan ahli) telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini dimulakan pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang. Pertandingan ini mempunyai dua kategori iaitu 'Kumpulan Emas' dan 'Kumpulan Perak'. Pasukan Sesat Barat FC dari UPM telah menjuarai bagi kategori 'Kumpulan Perak'. Pertandingan akhir 'Kumpulan Emas' diantara 'UKM 2' dengan 'UM 1' agak sengit apabila kedua-dua pasukan terikat seri 2-2 sama selepas tamat separuh masa kedua. Kemenangan berpihak kepada pasukan 'UKM 2' selepas ditentukan dengan sepakan penalti dengan jaringan 2-1. Pertandingan Futsal Piala YDP Selangor - Silat Cekak Hanafi ini akan menjadi acara tahunan bagi Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Cawangan Selangor. Berikut adalah keputusan perlawanan Pertandingan Futsal Piala YDP Selangor 2011 - Silat Cekak Hanafi :
Picture
Picture
1 Comment
 
PERTANDINGAN FUTSAL PIALA YDP SELANGOR 2011 - SILAT CEKAK HANAFI 11/12/2011
 
Picture
BANDAR BARU BANGI,12 DIS 2011 - BUAT JULUNG KALINYA SILAT CEKAK HANAFI CAWANGAN SELANGOR AKAN MENGADAKAN PERTANDINGAN FUTSAL PIALA YDP SELANGOR SILAT CEKAK HANAFI 2011. PROGRAM INI AKAN DIADAKAN PADA 24 DISEMBER (SABTU) DARI 9.00 PAGI HINGGA 4.00 PETANG YANG BERTEMPAT DI VROX FUTSAL, BANDAR BARU BANGI. PERTANDINGAN ADALAH TERBUKA KEPADA SEMUA AHLI BERDAFTAR PERSATUAN SENI SILAT CEKAK HANAFI MALAYSIA DAN DARI PENYERTAAN LUAR (BUKAN AHLI). KEPADA YANG BERMINAT, SILA HUBUNGI AHLI JAWATANKUASA DIBAWAH UNTUK MAKLUMAT LEBIH TERPERINCI :

1) AMIR -0193905431
2) ZAIMI -0123960426
3) BEN - 0176334653
4) AFDAL -0193433950
 
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011 14/09/2011
0 Comments
 
Dengan segala hormat tuan-tuan/puan-puan/saudara/saudari dan semua ahli Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia dijemput hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011 pada:-

                        Tarikh           : 24hb September 2011

                        Masa             : 3.30 petang – 7.00 malam

                        Tempat          : Akademi Silat Cekak Hanafi, Kg Dato’ Keramat.

                        Pakaian         : Lelaki - Baju Melayu Lengkap / Kemas & Sopan

                                               Wanita - Baju Kurung/Kebaya dll - Sopan & Anggun 

Sekian, harap maklum. 

Terima kasih.

Sumber : www.cekakhanafi.com


Add Comment
 
Ceramah Sempena Kedatangan Bulan Ramadhan 18/07/2011
0 Comments
 
Dengan segala hormatnya semua ahli Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia dijemput hadir ke Majlis Ceramah Sempena Kedatangan Ramadhan seperti berikut:

Tarikh: 24 Julai 2011 (Ahad)Masa : 9.00 malam

Tempat : Akademi Silat Cekak Hanafi 

Pakaian : Kemas dan sopan

Penceramah :  Ustaz Dr. Idris Ibrahim, Pensyarah Universiti Malaya.

Jamuan ringan disediakan.

Add Comment
 
Forum Isra' Mikraj - Rahsia dan Hikmah Sebalik Satu Perjalanan 06/07/2011
0 Comments
 
JKT Agama Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia akan menganjurkan forum sempena Isra' Mikraj seperti berikut : Program  : Forum Isra' Mikraj - Rahsia dan Hikmah Sebalik Satu Perjalanan


Tarikh :  10 Julai 2011 (Ahad)

Masa : 9.00 malam

Tempat : Akademi Silat Cekak Hanafi, Lorong Kiri 1, Kg Datuk Keramat

Pakaian : Baju Melayu / Kurung / Sopan

Moderator : Saudara Azwan Othman


Panel
Dato' Hj Md Nasir Md Arshad
Tn Hj Amruddin buang
Tn Hj shafiee Latiff 

Semua ahli  Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia dijemput hadir.

Add Comment
 
Program Teknik Pengucapan Awam dan Kempen Penerangan 05/07/2011
0 Comments
 
Program Teknik Pengucapan Awam dan Kempen Penerangan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 7 Julai 2011
Hari  : Khamis
Masa : 9 malam

Tempat : Akademi Silat Cekak Hanafi, Lorong Kiri 1, Kg Datok Keramat.
Penceramah : Tn Hj amruddin Buang, Ketua Eksekutif Akademi Silat Cekak Hanafi.
Semua ahli tamat Silat Cekak Hanafi adalah dijemput hadir.


Add Comment
 

    Nak Jadi Ahli?

    Picture

    Picture

    Mutiara Kata

    "Sesungguhnya sifat sombong itu akan merosakkan amal selama 70 tahun" - ALHADITH

    Picture
    PUSAT & KELAS LATIHAN SEKITAR SELANGOR
    PL Bandar Baru Bangi
    PL Kota Damansara
    PL Puchong
    PL Jalan Kebun
    KL UKM
    KL UNITEN
    KL KUIS
    KL SMKJ3 Bandar Baru Bangi
    KL SMAP Kajang

    ALAMAT PERHUBUNGAN

    PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA
    CAWANGAN SELANGOR
    NO.2, JALAN 15/3D
    BANDAR BARU BANGI
    43650 SELANGOR


    TEL : 0122700607
    EMAIL:
    chselangor@gmail.com

    weebly analytics

Create a free website with Weebly